Tentang Abaya




Abaya adalah satu pakaian bercirikan muslimah yang berwarna hitam dan sangat dikenali di kalangan golongan wanita-wanita di Asia Barat. Ia juga adalah pakaian tradisional dinegara Asia Barat seperti United Arab Emirates, Mesir manakala di negara Arab Saudi, ia adalah pakaian rasmi bagi golongan wanita di mana, di negara Arab Saudi, adalah diwajibkan golongan wanita menyarung Abaya jika mahu keluar dari rumah.

Biasanya, Abaya dijual bersama-sama dengan selendang panjang yang sama coraknya dengan Abaya yang dibeli itu. Selain itu, Abaya juga boleh dipakai bersama dengan Niqab yang menutup keseluruhan muka kecuali di bahagian mata.

Sulaman serta taburan  manik yang terdapat pada setiap rekaan Abaya membolehkan Abaya digayakan pada musim perayaan, Majlis Kahwin ataupun sebagai pakaian harian memandangkan cirinya yang memang menutupi aurat serta longgar dan sangat selesa dipakai oleh kaum wanita.


SAIZ DAN UKURAN

Semua ukuran yang dipaparkan adalah dalam unit Inci. Jika ada sebarang masalah atau ingin bertanya pendapat atau panduan tentang saiz dan ukuran ni, boleh tanya kepada pihak kami. InshaAllah pihak kami boleh membantu anda.