Kepada pelanggan yang CEREWET, SUKA MARAH-MARAH & TIDAK SABAR, nasihat dari kami, anda adalah SANGAT TIDAK DIGALAKKAN membuat sebarang urusan pembelian dari pihak kami kerana :
1. Proses untuk menghantar segala item akan MENGAMBIL MASA YANG LAMA kerana segala item adalah dipos daripada Jeddah, Arab Saudi dan memerlukan masa lebih kurang 2 minggu atau boleh jadi sebulan untuk sampai kepada pihak anda.
2. Untuk setiap Abaya yang tiada dalam stok, kadangkala pihak pembekal memerlukan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjahit Abaya yang anda telah tempah dari pihak kami. Tambahan pula, ada yang direka sendiri oleh pihak kami dan tentulah memerlukan masa untuk menyiapkannya demi mendapatkan JAHITAN YANG KEMAS DAN HASIL YANG BERKUALITI untuk pihak anda.
3. Proses untuk membalas email anda mungkin mengambil masa sedikit atas sebab-sebab tertentu tetapi pihak kami akan sedaya upaya membalas email dengan secepat mungkin.
4. Pihak anda MERAGUI DENGAN PERNIAGAAN TALIAN kami.
Sekiranya pihak anda tidak dapat reply email daripada pihak kami dalam tempoh 36 jam selepas anda telah membuat penempahan, SILA CEK SPAM BOX/ JUNK MAIL anda terlebih dahulu.
Pihak kami HANYA MENGGUNAKAN perkhidmatan POSLAJU dari Pos Malaysia dan kos pengeposan TIDAK TERMASUK dalam harga Abaya.
URUSAN PEMBAYARAN
Buat masa ini, pihak kami cuma mempunyai akaun CIMB. InshaAllah, lepas raya nanti, kami akan buka akaun di Maybank pula. Segala pembayaran harus dibuat ke akaun CIMB sahaja ya :
No akaun : 01090082636528
Nama Pemilik Akaun : Nornailah Binti Hussin
- Jika anda membayar melalui Kaunter Bank, Cash Deposit atau ATM Transfer, sila SCAN, PRINT SCREEN atau boleh juga beri MASA, TEMPAT, TARIKH & JUMLAH BAYARAN YANG DIBUAT sebagai bukti pembayaran yang jelas kepada kami melalui email utama kami iaitu : order.nailahabaya@gmail.com
- Pastikan setiap butiran bayaran itu SANGAT JELAS pada resit pembayaran anda. Jika TIDAK JELAS, ia adalah TIDAK VALID sekali pada kami dan kami berhak untuk MEMINTA ANDA MEMBERIKAN BUKTI PEMBAYARAN sekali lagi kepada pihak kami.
- Jika anda membayar menggunakan perkhidmatan ONLINE BANKING pula, adalah WAJIB untuk anda meletak alamat email kami : order.nailahabaya@gmail.com pada ruangan RECIPIENT'S EMAIL yang terdapat di ruangan perkhidmatan Online Banking itu. Ini adalah SANGAT PENTING & WAJIB! Jika anda tidak letak email kami, kami berhak untuk MEMBATALKAN ORDER ANDA dan sekaligus tidak mengepos barang anda sama sekali.
- Jika anda MENGGUNAKAN AKAUN ORANG LAIN, sila beritahu kami NAMA PENUH PEMILIK AKAUN TERSEBUT semasa pengesahan pembayaran.
Selepas sahaja anda telah membuat pembayaran, SILA EMAIL KAMI SEMULA untuk membuat pengesahan pembayaran anda. Jika anda sendiri gagal untuk mengesahkan pembayaran anda, membuatkan kami tidak dapat mengepos barang kepada anda. Jai, anda tidak boleh salah pihak kami jika anda tidak dapat barang dalam tempoh yang sepatutnya.
Kami akan terus beri anda TRACKING NUMBER jika segala urusan pembayaran & pengesahan pembayaran dibuat sama ada terus di email anda ataupun kami akan meletakkannya di blog kami.
Manakala jika secara tiba-tiba barang yang anda order di pihak kami, tiada stok, KAMI BERHAK memulangkan semula duit kepada anda.
Untuk setiap urusan PRE-ORDER, anda DIWAJIBKAN membayar deposit sebanyak 50% dan DUIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN jika anda MEMBATALKAN ORDER SECARA TIBA-TIBA kerana anda sendiri telah bersetuju dengan segala Terma & Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
PERINGATAN : PIHAK KAMI SAMA SEKALI TIDAK AKAN MELAYAN SEBARANG PEMBAYARAN YANG TIADA BUKTI PEMBAYARAN DENGAN JELAS DAN SAH!
URUSAN PENUKARAN ITEM
Penukaran item hanya boleh dibuat jika barang anda :
- Rosak seperti KOYAK, BENANG TERCABUT ATAU JAHITAN TERTETAS sahaja.
- Jika pihak Na'ilahAbaya tersalah pos barang
Jika saiz Abaya yang anda telah terima daripada kami didapati terlalu besar atau kecil, kami tidak akan sama sekali MEMULANGKAN DUIT atau MEMBUAT SEBARANG PENUKARAN kerana kami sejak awal lagi telah meletakkan setiap ukurusan bagi setiap saiz Abaya yang kami jual. Anda sebagai pembeli seharusnya terlebih dahulu membaca dan memastikan ukuran yang anda telah pilih itu betul mengikut saiz ukuran badan anda dan juga telah setuju dengan setiap Terma & Syarat yang telah kami tetapkan.
Manakala, jika item yang anda dapat itu rosak atau pihak kami tersalah pos barang, segala kos pengeposan baik dari pihak anda atau pada pihak kami, pihak kami akan menanggung segala kos terbabit sepenuhnya.
URUSAN SETELAH MENDAPAT TRACKING NUMBER
Anda harus faham bahawa selepas sahaja peniaga online seperti kami memberikan tracking number kepada setiap pembeli, pihak Pos Malaysia da pihak Pembeli yang harus bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan, barang tidak sampai pada tempoh yang sepatutnya dan lain-lain lagi.
Selain itu, pembeli online juga HARUS BERANI MENERIMA RISIKO bahawa barang yang dipos berkemungkinan hilang atau rosak di atas sikap cuai dari pihak Pos Malaysia sendiri. Untuk kes begini, anda sebagai pembeli MEMPUNYAI KUASA untuk meminta ganti rugi daripada pihak Pos Malaysia dan mereka seharusnya BERTANGGUNGJAWAB memulangkan duit anda dengan kadar segera. Bukan dari pihak kami ya. Harap maklum.
Perlu diingat juga bahawa, kadangkala item tersebut telah selamat dihantar oleh Posmen ke rumah anda tetapi anda pula kebetulan tiada di rumah. Jika terjadi keadaan seperti itu, inshaAllah pihak Na'ilahAbaya akan MEMBANTU ANDA untuk MENJEJAKI ITEM itu.
Untuk barang yang tidak sampai bukan disebabkan pihak kami tidak memberi anda tracking number, anda HARUSLAH terlebih dahulu cek di pihak Pos Malaysia. Jika Pos Malaysia mengatakan bahawa tracking number anda tiada dalam sistem, barulah anda email kami untuk pengesahan semula.
Sekian. Harap maklum dan faham dengan segala Terma & Syarat yang telah dinyatakan di atas. Pastikan baca dan fahamkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.